Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

PTAR Sumbang Kepakaran dalam Bengkel Smartbaca di Jabatan Standard Malaysia

30 April 2024 | 2 Zulkaedah 1446H

CYBERJAYAPerpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah memainkan peranan penting dalam menyumbang kepakaran menerusi penyertaan dua warganya dalam Bengkel Smartbaca: Kuasai Teknik Bacaan Pantas & Fokus Maksimum yang diadakan di Jabatan Standard Malaysia (JSM) hari ini.

Bengkel ini bertujuan untuk membantu pegawai dan staf JSM menguasai teknik bacaan pantas dan meningkatkan keupayaan fokus dalam tugasan harian, yang akhirnya menyumbang kepada peningkatan kecekapan kerja serta kualiti penyampaian.

Puan Azura Mohamad Hashim, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR, telah dijemput sebagai penceramah utama, manakala Cik Ummi Halimatunssaadiyya Shamsul Yuzli, Pustakawan PTAR, turut berperanan sebagai fasilitator sepanjang bengkel berlangsung.

Kedua-dua wakil PTAR ini berkongsi teknik praktikal seperti skimming, scanning, pengurusan masa bacaan, serta strategi untuk mencapai fokus maksimum dalam pengendalian bahan bacaan yang banyak dan kompleks – kemahiran yang amat relevan dalam persekitaran kerja masa kini.

Kehadiran PTAR dalam program ini mencerminkan komitmen berterusannya dalam memperluas peranan pustakawan sebagai agen perubahan ilmu dan pembangunan kemahiran. Ia juga selari dengan aspirasi PTAR untuk menyumbang kepakaran dalam program luar kampus yang bersifat mendidik dan membina kapasiti profesional.

Peserta menyambut baik penyampaian interaktif dan kandungan yang disampaikan, menyifatkannya sebagai modul berguna untuk diaplikasikan secara langsung dalam urusan kerja seharian.

Melalui penglibatan aktif seperti ini, PTAR terus mengukuhkan peranannya bukan sahaja sebagai pusat sumber ilmu, tetapi juga sebagai rakan strategik dalam pembangunan modal insan negara.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.