1 Staf 1 Perkongsian Ilmu: Siri 1 Angkat Budaya Ilmu di Kalangan Warga PTAR
Puncak Alam, 27 Mac 2025 – Program 1 Staf 1 Perkongsian Ilmu: Siri 1 telah berlangsung dengan lancar pada hari Khamis, jam 9.00 pagi. Mengangkat tema “Setiap seorang daripada kita adalah penyumbang penting kepada ilmu yang lebih bermakna”, program ini bertujuan untuk menyemarakkan budaya perkongsian ilmu dalam kalangan staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR).
Empat orang staf telah tampil berkongsi ilmu dan pengalaman mereka dalam pelbagai topik yang relevan dan memberi manfaat, iaitu:
🔹 Puan Hani Liza Norfin
🔹 Puan Siti Fazlina Mohamed Raffi
🔹 Encik Hazrul Amir Tomyang
🔹 Encik Mohd Ekhwan bin Mohammad
Perkongsian yang diberikan bukan sahaja membuka ruang pemahaman baharu dalam pelbagai bidang, malah menggalakkan interaksi, kolaborasi, dan pertukaran idea dalam suasana yang santai namun berilmiah.
Program ini merupakan inisiatif berterusan dalam membudayakan ilmu sebagai teras utama pembangunan profesionalisme staf serta membina komuniti kerja yang lebih dinamik, inklusif dan berpengetahuan.
PTAR komited untuk meneruskan siri ini sebagai platform tetap bagi mengiktiraf sumbangan intelektual setiap individu dalam membentuk ekosistem ilmu yang lebih bermakna dan lestari.