Pasir Gudang, 21 Mac 2025 – Perpustakaan Tun Dr. Ismail, Kampus Pasir Gudang telah mengadakan Sesi Libat Urus Fakulti Pengurusan dan Perniagaan bagi membincangkan isu-isu berkaitan perkhidmatan perpustakaan serta keperluan pelajar dalam melahirkan graduan berkualiti.
Program ini dijadualkan berlangsung pada hari Jumaat, 21 Mac 2025, bertempat di Perpustakaan Tun Dr. Ismail, Kampus Pasir Gudang pada pukul 10.30 pagi.
Dengan adanya sesi libat urus ini, diharapkan fakulti dapat terus memperkasakan usaha dalam menyediakan ekosistem pembelajaran yang lebih dinamik dan selari dengan keperluan semasa pembelajaran.