BICARA BERSAMA PENULIS: KUPASAN BUKU BERGAMBAR KAJIAN RASIONALISASI PENJANAAN PENDAPATAN MELALUI TABUNG ENDOWMEN DBKL
UiTM Puncak Alam, 20 Mac 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak, UCS Kampus Puncak Alam telah menganjurkan Bicara Bersama Penulis yang menampilkan Profesor Madya Sr Dr Mona binti Isa, Pensyarah Kanan dan Ketua Penyelidik Bidang Harta Tanah, Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), UiTM.
Program ini mengetengahkan buku beliau yang bertajuk "Buku Bergambar Kajian Rasionalisasi Penjanaan Pendapatan Melalui Penubuhan Tabung Endowmen Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Sumber Kewangan Yang Mampan". Sesi ini dimoderatorkan oleh Cik Nur Ain Natasya Muhamad Ali, pelajar latihan industri PTAR UCS.
Perbincangan mendalam mengenai kajian ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai konsep tabung endowmen sebagai salah satu mekanisme kewangan yang mampan untuk institusi awam seperti DBKL.
Program ini disiarkan secara langsung melalui YouTube rasmi PTAR UCS (Tonton di sini) dan Facebook rasmi PTAR UCS (Tonton di sini), membolehkan audiens yang lebih luas mengikuti perkongsian ilmu yang bermanfaat ini.