Library News

Sesi Libat Urus Perkhidmatan - Kolej Pengajian Pengkomputeran, Infomatik dan Matematik

Kedah, 11 Mac 2025 – Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah mengadakan sesi libat urus perkhidmatan dengan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Infomatik dan Matematik pada 11 Mac 2025, bertempat di Aras 2, Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah. Program ini diadakan dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, melibatkan penyertaan kakitangan akademik UiTM Cawangan Kedah.

Sesi tersebut dikendalikan oleh Puan Wan Rohani Wan Chin, Pustakawan Kanan Perpustakaan Sultan Badlishah. Program ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan bersama pihak kolej berkenaan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan, serta memberi pendedahan kepada staf akademik mengenai pelbagai perkhidmatan yang boleh dimanfaatkan.

Di samping itu, sesi ini juga bertujuan untuk mengumpulkan maklum balas dan cadangan daripada pihak kolej/fakulti dalam usaha untuk memperbaiki perkhidmatan perpustakaan agar lebih relevan dan berkesan kepada semua pihak yang terlibat. Penganjuran program seperti ini adalah satu platform yang penting bagi perpustakaan untuk mendapatkan input terus daripada pengguna perkhidmatan dan seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan.”

Dengan adanya sesi libat urus seperti ini, pihak Perpustakaan Sultan Badlishah berharap agar hubungan kerjasama antara perpustakaan dan kolej/fakulti dapat diperkukuhkan, serta meningkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan yang disediakan kepada warga akademik.

Tags: , ,

Please publish modules in offcanvas position.