Thursday, 23 Rejab 1446
Thursday, 23 January 2025

Library News

Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Siri 2 - Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP)

20 Januari 2025, Kedah – Unit Arkib UiTM Cawangan Kedah telah menganjurkan Program Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib yang berlangsung di Bilik Seminar Kolej Masria, UiTM Cawangan Kedah pada 20 Januari 2024. Program ini diadakan selari dengan hala tuju Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2025, khususnya dalam mencapai PI.

Program yang bermula pada jam 10:00 pagi dan berakhir pada 12:00 tengahari ini telah dihadiri oleh wakil-wakil dari Pusat Tanggungjawab Jabatan (PTJ) UiTM Cawangan Kedah. Penceramah jemputan, Puan Atirah Ruslan, Pustakawan Kanan, Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah, telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau dalam bidang pengurusan rekod dan arkib.

Tujuan utama program ini adalah untuk mengadakan pertemuan dan rundingan dengan kumpulan sasar iaitu PTJ UiTM Cawangan Kedah. Melalui perjumpaan rasmi secara bersemuka ini, peserta berpeluang untuk mendapatkan penjelasan lanjut serta mengemukakan soalan berkaitan pengurusan rekod dan arkib.

Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab yang interaktif, di mana para peserta dapat berinteraksi secara langsung dengan penceramah dan mendapatkan maklum balas yang konstruktif. Diharapkan program ini dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam pengurusan rekod dan arkib, seterusnya menyumbang kepada pencapaian objektif strategik Perpustakaan UiTM.

 

Tags: , ,

Please publish modules in offcanvas position.