15 Januari 2025 – Perpustakaan Sultan Badlishah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah, telah berjaya melaksanakan Program “Mobile Library 1.0 @Courtyard HEA” yang diadakan pada 14 hingga 15 Januari 2025 di Dataran Courtyard HEA, UiTM Kedah. Program yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang ini disertai oleh pelajar dan kakitangan UiTM Cawangan Kedah.
Program ini telah dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan Pelanggan, Perpustakaan Sultan Badlishah dengan tujuan untuk mendekatkan pelajar serta kakitangan kepada koleksi bahan perpustakaan dan memudahkan mereka mengakses perkhidmatan perpustakaan secara atas talian.
Pelajar dan pengunjung berpeluang mengakses koleksi buku dan menggunakan perkhidmatan perpustakaan tanpa perlu berkunjung ke perpustakaan fizikal. Sebagai sebahagian daripada usaha menarik lebih ramai pengunjung, pelbagai aktiviti turut diadakan sepanjang program. Inisiatif ini tidak hanya memudahkan akses kepada sumber ilmu, malah memperkenalkan perkhidmatan digital yang disediakan oleh pihak perpustakaan.
Menurut pihak penganjur, kejayaan program ini adalah manifestasi daripada komitmen Perpustakaan Sultan Badlishah dalam memperluaskan akses ilmu serta meningkatkan penggunaan perkhidmatan perpustakaan di kalangan warga UiTM. Program ini diharapkan dapat terus memberikan manfaat kepada pelajar dan kakitangan dalam meningkatkan budaya membaca dan penggunaan sumber perpustakaan secara efisien.