8 JANUARI 2025 | 8 REJAB 1446H, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak telah menerima kunjungan daripada Delegasi Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan sesi penanda aras untuk proses penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan, meningkatkan prestasi pengurusan perpustakaan akademik, serta mengeratkan hubungan baik antara perpustakaan akademik swasta dan awam. Sepanjang lawatan ini, delegasi IKMAS telah diberi taklimat mengenai struktur dan fungsi operasi PTAR, pendedahan kepada pendekatan inovatif yang digunakan dalam menyokong aktiviti akademik dan penyelidikan. Selain itu, lawatan ke sekitar perpustakaan dan Galeri Islam Nusantara (GIN) turut diadakan bagi memberi gambaran lebih dekat tentang keunikan dan kecekapan pengurusan di PTAR UiTM Cawangan Sarawak. Lawatan ini diharap menjadi platform untuk pertukaran idea dan pengalaman, sekaligus menyumbang kepada pembangunan dan peningkatan kualiti perkhidmatan perpustakaan di kedua-dua institusi.
Lawatan kali ini telah diketuai oleh Encik Abdul Aziz bin Mokhtar (Pegawai Hal Ehwal Islam/Ketua Seksyen Peperiksaan Akaemik) dan telah disambut mesra oleh Puan Nur Afeqah Abdullah (Timbalan Ketua Pustakawan)serta pustakawan-pustakawan, wakil daripada PTAR UiTM Cawangan Sarawak. Pengurusan PTAR merakamkan jutaan terima kasih kepada Delegasi Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) diatas kesudian mengadakan lawatan Penanda Arasan ke PTAR UiTM Cawangan Sarawak.
Globally Renowned, Locally Rooted
Sebarang pertanyaan, hubungi kami :
Chat With Librarian : https://ptar.uitm.edu.my/libchat/
Whatsapp : https://wa.me/+6082678173
.
.
.
Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak :
FB Page : PtarSarawak
IG : ptar_sarawak
X : Lib.UiTM Sarawak
Youtube Channel : PTAR Production