Sesi Demo Penggunaan Pangkalan Data eLaw.my
Shah Alam, 6 Januari 2025 - PTAR Undang-Undang UiTM Shah Alam menganjurkan sesi demonstrasi penggunaan pangkalan data : eLaw.my Database bertempat di Pusat IT, PTAR Undang-Undang. Sesi yang dijalankan selama 1 jam ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pensyarah dan pelajar berkaitan pilihan carian sumber undang-undang secara digital.