Shah Alam, 5 September 2024- Perpustaakaan Tun Abduk Razak Kejuruteraan telah mengadakan sebuah program Pembudayaan Ilmu: Mobile Library yang telah berlangsung di Malaysia Institute of Transport (MITRANS) pada 5 September 2024. Program ini telah berlangsung selama dua jam yakni bermula dari 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan telah disertai oleh 10 orang kakitangan MITRANS dan 10 orang staf PTAR Kejuruteraan.
Program ini dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kejuruteraan sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk memudahkan akses kepada sumber perpustakaan dan memperkasakan budaya ilmu dalam kalangan warga universiti dan komuniti sekitar. Antara manfaat yang diperolehi dari program ini adalah:
-
Memupuk Budaya Ilmu dalam Komuniti
Tema "Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa," program ini adalah bertujuan menyemarakkan minat membaca dan budaya ilmu, bukan sahaja dalam kalangan pelajar tetapi juga komuniti sekitar. -
Meningkatkan Kesedaran Mengenai Perkhidmatan Perpustakaan
Pengunjung dapat mengenali pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan, termasuk perkhidmatan digital dan semakan maklumat serta fungsi sebenar sebuah perpustakaan. -
Menggalakkan Interaksi dan Kolaborasi
Ia jugamembuka ruang untuk peserta berinteraksi dengan staf perpustakaan dan sesama peserta, mewujudkan jaringan yang bermanfaat dalam perkongsian ilmu.
Program ini adalah langkah proaktif dalam menyokong misi universiti untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dan berdaya saing dalam pelbagai bidang.