Library News

Minggu EDU 5.0 & Pemantapan Destini Siswa Kolej Pengajian Kejuruteraan

Shah Alam, 8 Oktober 2024 - Seramai 1,204 pelajar baharu dari Kolej Pengajian Kejuruteraan telah menyertai program khas yang dianjurkan sempena Minggu EDU 5.0 & Pemantapan Destini Siswa.

Objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan kemudahan serta perkhidmatan perpustakaan kepada para pelajar baharu. Ini adalah bertujuan untuk memastikan mereka dapat memanfaatkan sepenuhnya sumber akademik yang tersedia. Program ini turut memberi pendedahan awal tentang peranan perpustakaan sebagai pusat rujukan utama dalam menyokong pembelajaran dan penyelidikan mereka sepanjang tempoh pengajian. Selain itu juga, para pelajar ditunjukkan fungsi dan kegunaan setiap aras yang terdapat di Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan. 

Tags: ,

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian
 

Please publish modules in offcanvas position.