Wednesday, 23 Jamadilakhir 1446
Wednesday, 25 December 2024

Library News

Penghantaran rekod penting oleh Pejabat Pendaftar UiTM ke Bahagian Arkib Universiti

Shah Alam, 16 Oktober 2024 – Pejabat Pendaftar UiTM telah berjaya menyerahkan sejumlah 743 rekod fail pentadbiran dan akademik ke Bahagian Arkib Universiti. Penghantaran rekod penting ini menandakan komitmen UiTM dalam memastikan pemeliharaan rekod yang bernilai sejarah dan strategik.

Rekod-rekod ini akan disimpan dan diurus dengan rapi untuk tujuan rujukan masa depan dan penyelidikan. Impak daripada penghantaran ini adalah amat signifikan kerana ia menyumbang kepada pengukuhan integriti institusi dan memastikan semua rekod yang penting dilindungi daripada risiko kehilangan atau kerosakan.

Pengurusan rekod yang cekap ini juga memastikan UiTM terus mematuhi piawaian undang-undang dan menyokong pengurusan pengetahuan universiti secara menyeluruh.

Please publish modules in offcanvas position.