Library News

Sesi Libat Urus dan Perkhidmatan Perpustakaan Digital Bersama Jabatan Kejururawatan

11 September 2024 | 07 Rabi’ulawal 1446H: Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al- Sultan Abdullah, Kampus Cawangan Selangor pada kali ini telah melaksanakan sesi libat urus dan perkhidmatan Perpustakaan digital Bersama Jabatan Kejururawatan, HASA. Sesi ini telah dijalankan bertempat di makmal komputer, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA.

Sesi ini telah diketuai oleh Puan Wan Rohani Wan Chin (Pustakawan Kanan) dan turut hadir bersama ialah Puan Nurul Atika Harud Din (Pustakawan). Agenda sesi libat urus tersebut terarah kepada perbincangan dalam memberi kesedaran tentang kewujudan perpustakaan digital kepada staf Jabatan Kejururawatan serta memberi pendedahan tentang perkhidmatan dan fungsi portal MyKM yang boleh digunakan olah staf. Sesi libat urus ini juga dapat menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di anatara perpustakaan dan PTJ di HASA malah membincangkan dan mendapatkan maklum balas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan.

Menerusi sesi yang dijalankan ini, diharapkan dapat mengukuhkan sinergi di antara kedua-dua pihak bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan yang dapat memberi manfaat kepada warga HASA.

 
Tags: ,

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian
 

Please publish modules in offcanvas position.