6 Mei 2024 | 27 Syawal 1445H
Pusat Sumber Institut Maritim Malaysia (MIMA) telah mengadakan lawatan dan perbincangan ke Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam. Tujuan lawatan ini adalah:
- Mengeratkan hubungan antara Pusat Sumber MIMA dan PTAR.
- Sesi perkongsian dan perpindahan ilmu dan teknologi (Knowledge and Technology Transfer) berkenaan pengumpulan, pendigitalan koleksi bahan perpustakaan di UiTM Institutional Repository.
- Perkongsian maklumat mengenai My Knowledge Management (MyKM) yang merupakan personalized services yang disediakan kepada pengguna perpustakaan.
Sesi lawatan ini dihadiri oleh:
Wakil PTAR:
- Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan (Ketua Pustakawan)
- Dr. Hajah Zalifah binti Awang Zakaria (Timbalan Ketua Pustakawan), Jabatan Perpustakaan Digital
- Encik Mohd Alfarabie bin Mohd Nasir (Pustakawan Kanan), Jabatan Perpustakaan Digital
Wakil MIMA:
- Encik Mohd Khairulanuar bin Manshor (Ketua Penerbitan & Pusat Sumber MIMA)
- Encik Mohamad Amarfarhan bin Aminuddin (Pustakawan MIMA)
- Encik Muhammad bin Zakaria (IT Eksekutif)
- Encik Zainol bin Azman (Pereka Grafik)
- Puan Nor Asfasyuhada binti Abdullah (Pembantu Pustakawan)