Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Sabtu, 28 Jamadil-Awwal 1446
Sabtu, 30 November 2024

Library News

Kemahiran Bibliometrik antara resolusi ACALIS 2023

Kemahiran Bibliometrik antara resolusi ACALIS 2023

Bandar Enstek, Nilai, 28 Februari 2023 – Kemahiran bibliometrik dan garis panduan kolaborasi adalah resolusi yang perlu diberi perhatian oleh Pustakawan UiTM yang menghadiri Academic Librarian Seminar 2023 atau ACALIS 2023. Selain itu, aktiviti inovasi dan perkongsian amalan terbaik Pengurusan Rekod dan Arkib merupakan resolusi lain yang terus diberi keutamaan dalam mengurus perpustakaan akademik.

ACALIS 2023 telah dirasmikan oleh YBhg. Naib Canselor UiTM YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hjh. Roziah Mohd Janor. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan perpustakaan sebagai organisasi penting dalam sebuah Universiti. Lantaran itu, beliau sentiasa menyeru agar warga UiTM menjadikan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) sebagai ‘rakan karib’ yang menyokong ke arah pengembangan ilmu universiti. Tambah beliau lagi, kepakaran yang dimiliki oleh profesional maklumat PTAR seharusnya dijadikan rujukan dan pemudahcara dalam aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Setiausaha IFLA Asia Oceania Regional YBhg. Dr. Nor Edzan Che Nasir telah menyatakan bahawa fungsi asas Pustakawan adalah tidak berubah walaupun persekitaran maklumat mengalami perubahan yang sangat ketara. Menurut beliau, fungsi asas tersebut iaitu sebagai sistem sokongan terhadap pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti harus ditambah nilai dengan peranan semasa seperti berikut: 

  1. Perkongsian sumber. 
  2. Perkongsian pengetahuan. 
  3. Pembudayaan ilmu. 
  4. Pemeliharaan (maklumat). 
  5. Penyebaran maklumat. 
  6. Pengaksesan maklumat untuk semua rakyat Malaysia. 
  7. Perakuan. 
  8. Komunikasi dan kolaborasi. 

Seminar yang diadakan di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), UiTM telah berjaya menghasilkan 21 resolusi yang terhasil daripada dua aktiviti utama iaitu Pocket Meeting dan pembentangan kertas kerja.  

Kesemua resolusi tersebut adalah seperti berikut; 

  1. Penglibatan pelajar dalam aktiviti/ program dan perkhidmatan perpustakaan untuk melahirkanFuture Librarian
  2. Modul Pelajar Latihan Industri (PLI) secara berstruktur perlu dibangunkan untuk memastikan PLI menerima pengalaman dan amali yang menepati standard pasaran kerja terkini. 
  3. Laporan perkhidmatan perpustakaan perlu dibentangkan sebagai agenda perpustakaan di dalam mesyuarat peringkat eksekutif universiti/ JKEN UiTM cawangan. 
  4. Kemahiran bibliometrik melaluiTalent PoolPTAR akan melahirkan kepakaran pustakawan dalam penyediaan laporan bibliometrik yang akan membantu peningkatan  penerbitan universiti. 
  5. Satu pentadbir PTJ menghasilkan satu produk/ system/ inovasi/ KIK/ Kecemerlangan Operasi atau SOP bertaraf global agar staf bukan akademik dan pelaksana dapat meningkatkan tahap kebolehpasaran mereka. 
  6. Keahlian Luar perpustakaan perlu memfokuskan kepada alumni UiTM. 
  7. Garis panduan kolaborasi Perpustakaan UiTM perlu disediakan agar menjadi panduan dalam melaksanakan kolaborasi perpustakaan dengan pihak luar. 
  8. Menyertai program kepimpinan untuk melahirkanPersona Leadershipyang akan menerajui halatuju dan projek inisiatif Perpustakaan UiTM. 
  9. KoleksiFinal Year Project (FYP) dimuatnaik ke dalam MyKM bagi memenuhi keperluan pelajar bagi bahan rujukan tesis teks penuh. 
  10. Penyeragaman rekod pengunjung fizikal perpustakaan dengan membangunkan sistem secara in-house menggunakan kepakaran dalaman perpustakaan. 
  11. Menambah featuresMyArticledan UiTM Expert link di dalam Mobile Apps yang menjadi keperluan Staf Akademik Universiti. 
  12. Ruang-ruang Perpustakaan UiTM perlu dimanfaatkan sebagai sewaan ruang kepada pihak luar yang akan menyumbang kepada inisiatif penjanaan. 
  13. Mengadakan sesi perkongsian amalan terbaik Pengurusan Rekod dan Arkib kepada semua PTJ UiTM dan universiti awam. 
  14. Garis panduan pemilihan vcendor disediakan sebagai panduan dalam pengurusan perolehan bahan rujukan universiti. 
  15. Penggunaan bahan bercetak melalui kolaborasi denganpihak berkepentingan dan mempromosikan  perkhidmatan pinjaman bahan berkelompok (Bulk Loan)
  16. Memantapkan pembangunan bahan rujukan universiti dan pemilikan bahan silibus melalui kolaborasi bersama Unit Hal Ehwal Kurikulum (UHEK). 
  17. Students associations is a good platform for librarian to advocate good leadership mentoring skills.18. In order to be seen, the library must engage with the user. Currently, we live in a digital age, and the current generation is particularly interested of social media. 
  18. To ensure that the library roles are in line with the current environment, professional librarians need to strengthen their own competencies especially in the digital field. 
  19. In order to overcome the issues in resource distribution in the library, librarians need to be knowledgeable in information literacy so that they can lead customers to the appropriate material. 
  20. The library should aggressively work with other specialists in a variety of subjects to provide the highest quality outcomes.

Menepati matlamat penganjurannya iaitu sebagai platform perkongsian hasil penulisan penyelidikan dan pengetahuan, sejumlah 15 kertas kerja telah dibentangkan oleh 15 orang pembentang yang terdiri daripada Pustakawan dan Pensyarah UiTM.

Seminar ACALIS 2023 telah berlangsung selama 3 hari bermula 26 Februari 2023 hingga 28 Februari 2023 dan berjaya menghimpunkan seramai 156 orang peserta.  

Peserta seminar ACALIS 2023

Profesor Datuk Ts. Dr. Hjh. Roziah Mohd Janor

Dari kiri: Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman dan Ts. Mohamad Hamidi bin Mohd Jais

Dr. Nor Edzan Che Nasir

Please publish modules in offcanvas position.