Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Jumaat, 27 Jamadil-Awwal 1446
Jumaat, 29 November 2024

Library News

Sekitar Program Lawatan dan Bengkel Literasi Maklumat Kolej Vokasional Tanjung Puteri, Johor Bahru

Pasir Gudang, 28 November 2024 – Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), Kampus Pasir Gudang, dengan penuh rasa penghargaan telah menerima kunjungan daripada guru-guru dan pelajar Kolej Vokasional Tanjung Puteri sempena program Lawatan dan Bengkel Literasi Maklumat.

Lawatan yang berlangsung selama empat hari, dari 25 hingga 28 November 2024. Delegasi dari Kolej Vokasional Tanjung Puteri diketuai oleh Puan Lee Phi Meng, yang bersama-sama memanfaatkan peluang ini untuk memperluaskan pengetahuan dan kemahiran dalam literasi maklumat di kalangan pelajar.

Program bermula setiap hari pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengah hari. Lawatan ini disambut baik oleh warga PTDI Kampus Pasir Gudang, dengan sesi taklimat dan panduan lawatan yang disampaikan oleh Cik Nor Azelea binti Mohd Azahar, Pustakawan Kanan. Seluruh pasukan PTDI turut bekerjasama dalam memastikan kelancaran aktiviti sepanjang program.

Semasa lawatan, para pelajar dan guru berpeluang untuk mengenali lebih dekat fungsi dan peranan perpustakaan dalam menyokong keperluan pembelajaran dan penyelidikan. Mereka juga menyertai bengkel literasi maklumat yang direka khusus untuk meningkatkan kemahiran mencari, menilai, dan menggunakan sumber maklumat secara efektif.

Puan Lee Phi Meng dalam ucapannya menyatakan penghargaan kepada pihak PTDI atas kerjasama dan sambutan yang diberikan. Beliau turut menekankan betapa pentingnya literasi maklumat dalam dunia pendidikan hari ini, terutamanya bagi pelajar vokasional yang perlu bersiap sedia menghadapi cabaran industri moden.

Lawatan ini bukan sahaja memupuk minat dalam pembelajaran berterusan tetapi juga mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan. Dengan kejayaan program ini, pihak Kolej Vokasional Tanjung Puteri dan PTDI berharap untuk meneruskan kerjasama strategik pada masa akan datang demi manfaat bersama.

 

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.