Pasir Gudang, 27 November 2024 –Sebuah bengkel "Speed Reading” telah dijayakan pada 27 November 2024 di Kolej Vokasional Kota Tinggi, yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 1.30 petang ini disertai seramai 187 peserta, terdiri daripada pelajar kolej tersebut.
Program ini bertujuan meningkatkan kecekapan membaca dalam kalangan pelajar serta membantu mereka memahami teknik membaca pantas tanpa menjejaskan kefahaman kandungan. Aktiviti ini amat relevan bagi pelajar yang berdepan dengan keperluan akademik yang mencabar, terutamanya dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan dan tugasan.