Puncak Alam, 30 April 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam akan menganjurkan satu program siaran langsung yang bertajuk “Ikigai: The Japanese Secret To A Long And Happy Life” pada:
Tarikh: Rabu, 30 April 2025 | 2 Zulkaedah 1446H
Masa: 10.00 pagi
Pautan Siaran Langsung: Youtube rasmi PTARUCS
Program ini menampilkan Dr. Ernie Rozaini Binti Sulaiman, Pegawai Perubatan UiTM Kampus Puncak Alam sebagai panel jemputan, yang akan berkongsi pandangan dan ilmu berkaitan konsep Ikigai, rahsia panjang umur dan kehidupan bahagia yang diamalkan masyarakat Jepun.
Sesi ini akan dikendalikan oleh Cik Nur Syazrina Mohd Sofian, pelajar Latihan Industri PTAR UCS, sebagai moderator.
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Tuan / Puan adalah dijemput untuk menyertai program siaran langsung ini. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat dalam memperkasa budaya ilmu dan meningkatkan kesedaran tentang kesejahteraan hidup dalam kalangan warga UiTM dan masyarakat umum.
Sekian, terima kasih.