Pada bulan September & Oktober 2022 Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka telah menerima beberapa penerimaan rekod penting universiti yang bernilai arkib. Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka bertanggungjawab bagi perolehan rekod penting university yang bernilai selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia iaitu:
“Memperolehi rekod awam yang dalam jagaan atau dibawah kawalan sesuatu pejabat awam, kepada jagaan dan kawalan Arkib Negara melalui proses pemindahan – Seksyen 28, Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].”
Penyerahan Rekod Penting Universiti ini juga terkandung di dalam Dasar Pengurusan Rekod UiTM yang telah berkuat kuasa pada 18 November 2020. Dasar ini menetapkan prinsip dan teras pengurusan rekod yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Universiti Teknologi MARA. Sehubungan itu, Dasar Pengurusan Rekod UiTM adalah terpakai bagi semua Pusat Tanggungjawab di UiTM.
Penerimaan Rekod Penting Universiti Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka adalah seperti berikut:
OIA, Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah
Tarikh Penerimaan: 19 September 2022
1. Memorandum Antara UiTM Melaka dan Sekolah Tinggi Agama Natuna, Indonesia |
2. Memorandum Antara UiTM Melaka dan Sekolah Tinggi Agama Miftahul Ulum, Indonesia |
3. Memorandum Antara UiTM Melaka dan Universitas Universal, Indonesia |
OIA, Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah
Tarikh Penerimaan: 04 Oktober 2022
1. Memorandum Antara UiTM Melaka dan Universitas Universal, Indonesia |
Unit Kerjaya dan Kaunseling, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah
Tarikh Penerimaan: 11 Oktober 2022
1. Fail Pentadbiran |
2. Gambar-Gambar Bersejarah UiTM |
Pejabat Rektor, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah
Tarikh Penerimaan: 12 Oktober 2022
1. Sijil Pencapai PI UiTM Melaka 100% |
2. Gambar Mantan Rektor UiTM Cawangan Melaka (Prof. Adnan) |
OIA, Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah
Tarikh Penerimaan: 20 Oktober 2022
1. Memorandum Antara UiTM Melaka dan Universitas Islam Negeri Mataram, Indonesia |
2. Memorandum Antara UiTM Melaka dan Universiti Chiang Rai Rajabhat Thailand |
Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah