13 September 2022 – PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban menerima kunjungan guru serta murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi.
Sesi penerangan ringkas kepada pelawat telah disampaikan oleh En. Mohd Zulfarith Bin Mohd Nor, Pembantu Pustakawan Kanan (S22).
Guru serta murid telah dibawa melawat ke unit dan fasiliti yang disediakan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak, Kampus Seremban.