Sekitar Perarakan Dan Konvoi Semarak Merdeka PTAR 2022

Perpustakaan Kejuruteraan

Tarikh: 30 Ogos (Selasa) 2022,
Masa : 8.00 – 11.00 p
agi

Tempat : Sekitar Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah

Sambutan hari kebangsaan ke-65 bagi tahun 2022 diraikan dengan Program Perarakan Dan Konvoi Semarak Merdeka PTAR 2022. Perpustakaan Kejuruteraan dan Perpustakaan Sains & Teknologi telah bekerjasama menganjurkan program tersebut di Foyer Kompleks Kolej Kejuruteraan. Dianggarkan seramai lebih dari 100 penyertaan diterima pada hari tersebut.

Pelancaran ini telah disempurnakan oleh wakil Ketua Pustakawan Perpustakaan Tun Abdul Razak iaitu Encik Mohamad Amiri Mohamad. Sepanjang perarakan dan konvoi yang melibatkan lokasi di sepanjang Jalan Ilmu dan Dataran Cendikia ini telah digegarkan dengan lagu-lagu patriotik seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Tanggal 31, Satu Malaysia, Saya anak Malaysia dan lain-lain lagi. Nyanyian bersama-sama dari seluruh warga UiTM ini telah menambahkan lagi semangat cintakan negara dan menyemarakkan lagi semangat patriotisme dikalangan warga UiTM.

Rizana Mohd Radwan

Leave a Reply