MACHANG, 16 April 2026 – Perpustakaan Tengku Anis (PTA), UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Fakulti Sains Maklumat dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Perdana telah menganjurkan Program CSR Vitamin Ilmu: Celik AI Bijak Pustaka bertempat di Bilik Seminar, Perpustakaan Tengku Anis.
Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang itu melibatkan penyertaan pelajar-pelajar SMK Dato’ Perdana dalam pelbagai aktiviti berunsurkan pembelajaran aktif dan interaktif. Penganjuran program ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam usaha memperkasa budaya ilmu serta meningkatkan tahap literasi maklumat dalam kalangan pelajar sekolah.





Antara pengisian program yang disusun ialah:
- Slot 1: Celik AI, Bijak Pustaka oleh Puan Mimi Zazira Hashim@Hussein, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
- Slot 2: Aktiviti & Quiz Bengkel Bacaan Pantas oleh Puan Rosmariyati Ab. Rahman, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP) Perpustakaan Tengku Anis
- Slot 3: Aktiviti & Quiz oleh En. Muhammad Azrul Nizam Abdul Rahman, Pustakawan Perpustakaan Tengku Anis
- Slot 4: Peranan & Etika Pengawas PSS oleh Puan Norfitriah Mat Seman, Pustakawan Kanan Perpustakaan Tengku Anis












Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan kepada elemen kepimpinan, galakan membaca serta penggunaan teknologi semasa termasuk kecerdasan buatan (AI). Selain itu, penekanan turut diberikan kepada kemahiran mencari, menilai dan menggunakan maklumat secara berkesan.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan serta berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Inisiatif seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan dalam usaha melahirkan generasi celik maklumat, berkemahiran tinggi serta berdaya saing dalam era digital.


Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang