Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib bersama Bahagian/PTj: Lawatan dan Khidmat Runding Pelupusan Rekod Bersama Pejabat Polis Bantuan,UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Tarikh: 17 November 2025 (Isnin).
Masa: 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi
Tempat: Pejabat Polis Bantuan UiTMCT
Anjuran: Unit Arkib UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT)
Penglibatan: 5 orang staf Pejabat Polis Bantuan, UiTMCT Kampus Dungun

Unit Arkib UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) telah mengadakan Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod Dan Arkib Bersama Bahagian/PTJ: Lawatan & Khidmat Runding Pelupusan Rekod Jabatan di Pejabat Polis Bantuan, UiTMCT Kampus Dungun pada 17 November 2025 (Isnin).

Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib ini diadakan bagi memperkukuhkan kefahaman dan amalan terbaik berkaitan pengurusan rekod di peringkat Bahagian/ PTJ. Lawatan secara bersemuka ke Pejabat Polis Bantuan, UiTMCT Kampus Dungun bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi ini dikendalikan oleh Encik Md Kamil bin Ibrahim (Pustakawan Kanan) daripada Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun manakala Unit Polis Bantuan diwakili 5 orang staf diketuai oleh ASP/PB Tuan Suhadi Ismail,merupakan sebahagian daripada inisiatif jabatan untuk memberi khidmat runding, pemantauan serta bimbingan berkaitan proses pelupusan rekod mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia dan dasar pengurusan rekod UiTM. Melalui sesi ini, kerjasama strategik antara pihak pengurusan rekod dan PTJ dapat diperkukuh bagi memastikan rekod jabatan diurus secara sistematik, teratur, selamat dan mematuhi piawaian.

Dalam sesi tersebut, pengisian yang dilaksanakan ialah konsultasi kaedah pengurusan fail, penyimpanan rekod, pelupusan rekod dan lain-lain. Kebanyakan dokumen yang disemak ialah rekod berkaitan maklumat pekerja kontrak yang menjalankan kerja-kerja di dalam kawasan UiTM, rekod pelajar yang menarik diri, tindakan tatatertib dan kawalan/pas/pelekat.

Secara keseluruhannya, sesi libat urus ini berjaya meningkatkan kefahaman dan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan rekod yang teratur dan mematuhi piawaian. Melalui lawatan dan khidmat runding yang dijalankan, Pejabat Polis Bantuan UiTMCT Kampus Dungun mendapat bimbingan khusus bagi memperkemas proses pelupusan rekod, di samping memperkukuh amalan dokumentasi dan penyimpanan rekod jabatan. Diharapkan usaha berterusan antara Bahagian Pengurusan Rekod dan PTJ dapat memastikan rekod UiTM diurus dengan cekap, selamat serta menyokong tadbir urus yang baik.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Pejabat Polis Bantuan, UiTMCT Kampus Dungun atas kerjasama yang sangat baik sepanjang sesi lawatan ini.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply