20 November 2025, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam menerima kunjungan seramai 140 orang pelajar, 12 orang guru pengiring dan 8 orang fasilitator daripada Sekolah Rendah Islam Al-Ummah Chemor, Perak dalam sesi Lawatan Akademik & Pendedahan Dunia Perpustakaan.
Lawatan ini merangkumi tiga lokasi utama:
PTAR – Pengenalan perkhidmatan perpustakaan, demonstrasi pencarian maklumat & aktiviti literasi maklumat.
GTAR (Galeri Tun Abdul Razak) – Pendedahan kepada sejarah UiTM serta warisan intelektual negara.
GESTURZ (Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah) – Eksplorasi karya seni, kreativiti dan apresiasi budaya.
Para pelajar turut berpeluang mengikuti sesi penerangan interaktif, aktiviti pembelajaran menyeronokkan serta memahami dengan lebih dekat peranan perpustakaan sebagai Vibrant Centre of Learning di UiTM.
PTAR mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah, para guru serta fasilitator atas kunjungan ini. Semoga lawatan ini memberi inspirasi, mencetus minat membaca dan mendekatkan generasi muda kepada dunia ilmu.



