Pameran Arkib “Khazanah Tersingkap”

Pameran Arkib “Khazanah Tersingkap” merupakan salah satu pengisian menarik sempena Karnival Ilmu Perpustakaan Al-Bukhari (PAB) yang telah berlangsung dari 2 hingga 15 Oktober 2025. Atas sambutan yang amat menggalakkan, pameran ini dilanjutkan sehingga 31 Oktober 2025 bagi memberi lebih ramai pengunjung peluang untuk meneroka khazanah berharga yang dipamerkan. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang pameran ini ialah: 📜 Demonstrasi Proses Pemuliharaan Rekod/Bahan – mempamerkan teknik pemeliharaan bahan arkib agar kekal utuh dan terpelihara. 🏛️ Pameran oleh UiTM Cawangan Pahang dan Unit Arkib Cawangan (UAC) yang turut diserikan dengan aktiviti kuiz interaktif berkaitan sejarah dan pengurusan arkib. 🏅 Anugerah Rekod PTJ Aktif – pengiktirafan kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang cemerlang dalam pengurusan dan penyelenggaraan rekod. Pameran ini bukan sekadar mempamerkan bahan sejarah, tetapi juga menjadi wadah untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya penjagaan khazanah ilmu dan warisan institusi.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply