Pertandingan Tulisan Khat sempena Karnival Ilmu@PAB menampilkan sentuhan seni yang penuh makna daripada para pelajar UiTM Cawangan Pahang. Setiap helaian tulisan yang dihasilkan mencerminkan ketenangan hati, keindahan Jawi dan kehalusan seni Islam yang menenangkan jiwa.
Inisiatif ini menjadi bukti bahawa seni khat masih segar dan terus diminati oleh generasi muda kampus. Syabas kepada semua peserta yang telah menyerlahkan bakat dan keindahan hasil karya masing-masing! Semoga usaha ini menjadi dorongan untuk terus memperkukuh kecintaan terhadap seni tulisan khat.
Tahniah kepada pemenang
Tempat Pertama : MUHAMMAD AIZAT BIN SARBANI
Tempat Kedua : NUR KHAIMA AQMA BINTI ANUAR
Tempat Ketiga : AMIRA HUSNA BINTI ANUAR









Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan