Taklimat Modul Information Literacy Programme (ILP) telah diadakan selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Oktober 2025 bertempat di Perpustakaan Tengku Anis (PTA). Program ini dibahagikan kepada dua sesi mengikut program yang telah dijadualkan dan dilaksanakan khusus untuk pelajar Diploma dan Ijazah Semester 1 Sesi Akademik 2025/2026 dengan tujuan utama memberi pendedahan serta meningkatkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan pelajar baharu.
Taklimat telah dikendalikan oleh Puan Nordelina Zulkarnain (Timbalan Ketua Pustakawan), Dr. Muslim Ismail (Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP)), dan Puan Norfitriah Mat Seman (Pustakawan Kanan). Mereka turut dibantu oleh staf-staf Perpustakaan Tengku Anis serta pelajar latihan industri yang bertugas.



Pengisian modul ini memberi tumpuan kepada pengenalan dan latihan praktikal berhubung:
- Pencarian maklumat melalui PERMATA Search โ Pelajar didedahkan kepada teknik carian berkesan menggunakan enjin carian perpustakaan.
- PERMATA Mobile โ Pengenalan kepada kemudahan akses mudah alih yang membolehkan pelajar menggunakan perkhidmatan perpustakaan secara fleksibel.
- Pangkalan Data Atas Talian dan E-Book โ Penerangan mengenai sumber akademik yang boleh diakses untuk tujuan rujukan, pembelajaran serta penyelidikan.
- Platform Perpustakaan Digital โ Pelajar diperkenalkan dengan pelbagai perkhidmatan digital yang ditawarkan PTA bagi menyokong keperluan akademik mereka.



Secara keseluruhannya, pelaksanaan taklimat modul ILP ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua pelajar. Program ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi pendedahan kepada kemudahan perpustakaan, malah turut membantu pelajar menguasai kemahiran literasi maklumat yang penting dalam menyesuaikan diri dengan keperluan pembelajaran di peringkat universiti.
Melalui taklimat ini, diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya sumber maklumat yang disediakan oleh perpustakaan serta mengaplikasikan kemahiran yang diperoleh dalam pengajian mereka.








Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang