๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐š๐œ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Pantai Melawi, Bachok meriah dengan kehadiran para pengunjung sempena Karnival Kelantan Membaca yang berlangsung pada 14 Jun 2025 bertempat di Beach Boy Street, Pantai Melawi, Bachok.

Karnival ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Jasri bin Kasim, Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk Bedah Buku, Baca Jawi, Congkak, Dam Ular, Teka Silang Kata, Stereogram 3D dan Pendaftaran Keahlian Luar Perpustakaan.

Program ini berjaya memupuk semangat membaca dalam kalangan pengunjung, terutamanya generasi muda yang terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti interaktif dan menyeronokkan.

Disediakan oleh:ย  Mohd Anuar Bin Azmin, Pembantu Pustakawan Kanan PTA UiTMCK Kampus Kota Bharu

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu

Leave a Reply