Pameran Seni Cetak Tekstil: Print With Nature

Pameran Seni Cetak Tekstil bertemakan “Print With Nature: Menghidupkan Corak, Menyatu dengan Alam” telah diadakan bermula 25 Jun 2025 sehingga 31 Ogos 2025 yang bertujuan bagi meraikan keindahan alam semula jadi melalui medium tekstil. Program ini diadakan di ruang bacaan aras bawah PTA dan merupakan hasil kolaborasi antara Jabatan Seni Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) bersama Perpustakaan Tengku Anis (PTA).

Pameran ini bertujuan untuk:

  • Memaparkan hasil seni cetakan tekstil berinspirasikan alam semula jadi.
  • Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan alam melalui seni.
  • Memberi ruang kepada pelajar dan masyarakat umum untuk menghayati dan berinteraksi dengan seni tekstil secara lebih dekat.

Pameran ini dibuka kepada semua termasuk pelajar dan pensyarah UiTM, staf akademik dan bukan akademik serta pengunjung luar termasuk pelajar sekolah menengah atau komuniti luar.

Antara aktiviti menarik sepanjang pameran berlangsung termasuk:

  • Paparan karya seni cetakan tekstil yang menggunakan unsur-unsur semula jadi seperti daun, tekstur kayu, dan corak flora.
  • Aktiviti interaktif terhad yang membolehkan pengunjung mencuba teknik cetakan asas.
  • Ruang swafoto bertemakan alam dengan hashtag #PrintWithNature.
  • Interpretasi seni dan alam, memberi peluang kepada pengunjung memahami kaitan antara reka bentuk tekstil dan kelestarian alam.
  • Jualan kain batik dan karya-karya lain

Pameran Print With Nature berjaya menggabungkan unsur seni dan alam dalam satu platform yang memberi kesedaran dan inspirasi kepada masyarakat. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha memperkukuh peranan seni dalam mendekatkan manusia dengan alam sekitar.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply