Tarikh: 27 Mei 2025, Selasa.
Masa: 5.00 petang – 7.00 petang.
Tempat: Sudut AZKA @ Library Community Engagement (LCE).
Penceramah: En. Muhammad Alif Bin Ismail, Eksekutif Jabatan Tanggungjawab Sosial Korporat, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd.
Anjuran: Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT)
Kerjasama : Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd dan Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT
Penglibatan: 220 orang pelajar UiTMCT
Program Perkongsian Formula Hidup Berjaya merupakan sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bercirikan motivasi dan pembangunan diri kepada komuniti. Ianya bertujuan untuk memberi inspirasi, panduan praktikal dan suntikan semangat kepada para peserta dalam usaha mereka membina kehidupan yang lebih berjaya, seimbang dan bermakna. Program ini memberi penekanan kepada pendekatan holistik yang melibatkan aspek mental, emosi dan urusan harian.

Program yang diadakan selama 2 jam ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 220 orang pelajar UiTMCT Kampus Dungun. Turut hadir En. Mohd Nasrul Mizan Mohd Nasir, Timbalan Pendaftar UiTMCT, serta Ustaz Rosmat Rabu, Timbalan Pendaftar (M) (KUP), Unit Hal Ehwal Islam UiTMCT.
Sempena program tersebut juga turut diadakan sesi penyerahan sumbnagan tunai oleh Syarikat Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. kepada 20 orang pelajar terpilih yang terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampuan.
Program perkongsian ini adalah satu platform yang sangat bermakna dan bermanfaat bagi mereka yang ingin mencapai kejayaan dalam hidup. Melalui perkongsian ilmu dan pengalaman yang disampaikan oleh penceramah, peserta dapat memahami dengan lebih mendalam tentang bagaimana untuk merancang dan mencapai matlamat hidup yang lebih baik. Selain itu, program ini juga memberikan peserta alat dan kemahiran yang penting untuk membangunkan diri dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk kerjaya, kewangan, dan hubungan. Dengan semangat dan mentaliti yang positif, kejayaan tidak mustahil dicapai. Oleh itu, program ini bukan sahaja berfungsi sebagai sumber inspirasi, tetapi juga sebagai panduan praktikal untuk mencapai kejayaan yang berterusan.
Disediakan oleh: En. Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.