Tarikh: 20 Jun 2025
Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang
Program AI Made Simple yang berlangsung pagi tadi telah memberi pendedahan awal kepada dunia Kecerdasan Buatan (AI) dalam suasana yang santai, interaktif dan informatif.
Disampaikan oleh Pn. Nurfarawahidah binti Badruesham, Pustakawan Kanan, peserta dibimbing melalui sesi:
Introduction to AI
ChatGPT & Perplexity AI Demonstration
AI for Design and Visuals
Turut diadakan sesi hands-on activity yang membolehkan peserta mencuba sendiri pelbagai aplikasi AI, sekaligus membuka ruang kepada penerokaan teknologi baharu dalam konteks kerja harian dan pendidikan.
Menariknya, program ini juga diserikan dengan perkongsian oleh Pn. Muniratul Husna binti Mohamad Zaki, Pustakawan, yang menyampaikan maklumat mengenai MyReading – kadar bacaan rakyat Malaysia. Perkongsian ini memberikan perspektif tentang tahap literasi membaca dalam kalangan rakyat Malaysia serta peranan pustakawan dalam memperkukuh budaya membaca di era digital.
Peserta program terdiri daripada warga staf akademik dan pentadbiran UiTM Cawangan Pahang yang menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkasakan kemahiran digital dan literasi maklumat.
Semoga inisiatif sebegini dapat terus menyemarakkan budaya celik teknologi dan minat membaca dalam komuniti kampus!









Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan