Program Budaya Ilmu “Innovation Insights”: GAIS 2025 Pre-Series

Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) Kampus Machang telah bekerjasama dengan Fakulti Perakaunan (FP) dan Unit of Research Management & Innovation (URMI) UiTMCK dalam Program Budaya Ilmu “Innovation Insights”: GAIS 2025 Pre-Series yang diadakan secara siaran langsung melalui saluran YouTube rasmi Perpustakaan Tengku Anis. Innovation Insights ini merupakan siri pra-acara untuk Global Accounting Innovation Showcase (GAIS 2025) yang sedang berlangsung sehingga 30 April 2025.

Objektif program ini adalah untuk menyemarakkan budaya inovasi melalui perkongsian ilmu dan pengalaman daripada pensyarah-pensyarah Fakulti Perakaunan yang dilakukan secara bersiri iaitu 4 siri pada 6, 13, 20 dan 26 Februari 2025 pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari bersama panel jemputan yang berlainan. Sekaligus untuk menarik minat penonton untuk menyertai Global Accounting Innovation Showcase (GAIS 2025) dan berinovasi. Antara perkongsian yang dikongsi oleh panel-panel adalah seperti pencapaian yang diperolehi, cara mencari idea, tip berinovasi, cabaran yang ditempuhi dan lain-lain.

Siri 1: “The Story Behind Innovation: Building Better Education” – Puan Suzana San & Nor Jaslina Nik Wil

Siri 2: “Latte & Learn: Brewing Innovative Ideas” – Puan Siti Noor Azmawaty Abd Razak & Cik Wan Nurul Basirah Wan Mohamad Noor

Siri 3: “Innovate to Educate: How It All Started” – Dr. Nik Zam Nik Wan & Dr. Yusri Huzaimi Mat Jusoh

Siri 4: “Accounting Innovation Unplugged” – Puan Azilawati Abdullah@Abd Aziz & Puan Wan Noraswaniaty Wan Ahmad

Pautan siaran langsung:

  1. “The Story Behind Innovation: Building Better Education”: https://youtu.be/PJ4yzRyrr5E
  2. “Latte & Learn: Brewing Innovative Ideas”: https://youtu.be/ypL6ilJMKAI
  3. “Innovate to Educate: How It All Started”: https://youtu.be/2TnHT_6jyog
  4. “Accounting Innovation Unplugged”: https://youtu.be/-WajxuRJY8I

Kesemua 4 siri ini telah berjalan dengan jayanya dan mendapat hampir 7,000 lebih tontonan daripada warga UiTM dan bukan warga UiTM yang terdiri daripada jabatan kerajaan, sekolah dan lain-lain. Diharapkan agar penonton dapat mengambil inspirasi daripada perkongsian panel jemputan untuk berinovasi.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply