PROGRAM LIBAT URUS PENGURUSAN REKOD UAC BERSAMA PTJ

Unit Arkib Cawangan (UAC) telah menganjurkan Program Libat Urus Pengurusan Rekod bersama Pusat Tanggungjawab (PTJ) UiTM dalam satu sesi perjumpaan dan perundingan. Program ini bertujuan untuk memberikan taklimat serta mempromosikan perkhidmatan berkaitan pengurusan rekod dan arkib kepada warga universiti.

Inisiatif ini diadakan selaras dengan usaha untuk mencapai Petunjuk Prestasi (PI2): Bilangan Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib bersama PTJ.

📅 Tarikh: 26 Februari 2025 (Rabu)

⏰ Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi

📍 Tempat: Bilik Latihan Staf, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka

Tujuan utama program ini adalah untuk mengadakan pertemuan dan rundingan dengan kumpulan sasar iaitu PTJ UiTM Cawangan Pahang. Melalui perjumpaan rasmi secara bersemuka ini, peserta berpeluang untuk mendapatkan penjelasan lanjut serta mengemukakan soalan berkaitan pengurusan rekod dan arkib.

Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab yang interaktif, dimana para peserta dapat berinteraksi secara langsung dengan penceramah dan mendapatkan maklum balas yang konstruktif. Diharapkan program ini dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam pengurusan rekod dan arkib, seterusnya menyumbang kepada pencapaian objektif strategik Perpustakaan UiTM.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply