Merbok, 26 Januari 2025 – YBrs. Ts. Haji Azizi Bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan Perpustakaan Universiti Teknologi MARA(UiTM), telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB), UiTM Cawangan Kedah. Lawatan ini berlangsung dari jam 2:00 petang hingga 5:00 petang.
Tujuan lawatan kerja ini merupakan salah satu usaha pihak Pengurusan Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam untuk mengadakan perjumpaan bersama Pengurusan Tertinggi di Kampus Cawangan bagi membincangkan mengenai hala tuju strategik perpustakaan universiti. Di samping itu, pihak Pengurusan Jabatan Perpustakaan juga akan meneliti perkembangan perpustakaan bagi tujuan pembangunan dan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna. Lawatan ini juga bertujuan untuk pihak pengurusan PTAR (Ketua Pustakawan) mengadakan pertemuan dengan kakitangan Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah. Dalam sesi ini, pelbagai isu dan cadangan telah dibincangkan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan serta memperkukuhkan kerjasama antara perpustakaan.






Kedatangan YBrs. Ts. Haji Azizi Bin Haji Jantan disambut oleh Puan Azizah Khasim bersama-sama staf Perpustakaan Sultan Badlishah.








Sesi perkongsian serta perbincangan diantara staf dan lawatan sekitar bangunan perpustakaan.












Lawatan ini telah menunjukkan komitmen Ketua Pustakawan dalam memastikan setiap perpustakaan cawangan memberikan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang berkualiti dan relevan dengan keperluan pengguna. Diharapkan hasil daripada lawatan ini akan membawa manfaat yang besar kepada semua pihak yang terlibat serta membuka ruang untuk penambahbaikan dan inovasi dalam perkhidmatan perpustakaan di UiTM Cawangan Kedah.
Penulis : Hamidah Binti Mohd, Pem. Pustakawan Kanan