Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod Dan Arkib Siri 2 Bersama Bahagian Pentadbiran

Merbok, 20 Januari 2025 – Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Siri 2 bersama Bahagian Pentadbiran telah berjaya dilaksanakan pada 20 Januari 2025 bermula jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Sesi ini telah dihadiri oleh semua staf di Bahagian Pentadbiran.

Tujuan program adalah menyampaikan taklimat Format Surat Rasmi UiTM dan membantu PTJ dalam menyediakan surat rasmi yang mematuhi format yang telah ditetapkan. Selain itu membincangkan tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan oleh pihak PTJ berhubung beberapa perbincangan berkenaan pengurusan rekod ketika sesi siri 1 tahun 2024.

Perlaksanaan bagi sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Siri 2 Bersama Staf Bahagian Pentadbiran telah memfokuskan kepada topik berkenaan format surat rasmi UiTM. Sesi ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Bahagian Pentadbiran. Sesi ini turut memfokuskan kepada perbincangan mengenai tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan oleh PTJ berhubung beberapa penemuan ketika siri 1 pada tarikh 30 September 2024 yang lalu. Melalui perbincangan siri 2 ini, didapati PTJ telah mengambil tindakan pembetulan dan mengamalkan pengurusan fail dengan baik. Pihak PTJ turut memaklumkan terdapat pertukaran staf yang melibatkan lantikan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan dan Pendaftar Rahsia. Semoga sesi yang diadakan ini dapat membantu staf di Bahagian Pentadbiran untuk mengamalkan sistem pengurusan rekod dan arkib yang lebih baik.

Disediakan oleh: Atirah Ruslan, Pustakawan Kanan

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply