Siri Bicara Tokoh Pemikir dan Pemimpin Melayu

Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh telah mengadakan Siri Bicara Tokoh Pemikir dan Pemimpin Melayu: “Institusi Raja-Raja Melayu – Peranan dan Sumbangan Dalam Pembentukan Identiti Kebangsaan Malaysia” serta Pameran Keris dan Senjata Melayu.

Program ini telah berlangsung pada 30 Ogos 2024 bertempat di ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang pada jam 8.30 pagi. Ianya bertujuan untuk mengukuhkan identiti nasional melalui pemahaman yang lebih mendalam tentang peranan dan sumbangan Raja-raja Melayu. Perkongsian ini telah disampaikan oleh Sr Dr. Ismail Bin Ma’arof, Panel Pakar & Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM. Turut berlangsung sepanjang program ini adalah Pameran Keris dan Senjata Melayu. Lebih 50 keris dan senjata melayu daripada koleksi peribadi Encik Muhammad Shakir Zulkafli, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan telah dipamerkan bagi memelihara warisan dan menonjolkan keris sebagai penanda budaya alam Melayu.

Rafidah Muhamad Sam PTAR Penang

Leave a Reply