Program Vitamin Ilmu Bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban

22 Ogos 2024 – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) Kampus Machang telah mengadakan mengadakan Program Vitamin Ilmu Bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban, Pasir Mas yang telah dijalankan bermula jam 9:00 pagi hingga 1:30 tengah hari bertempat di Bilik Seminar PTA. Program ini melibatkan seramai 34 orang pengawas pusat sumber daripada tingkatan 2 hingga tingkatan 4 dan bersama 4 orang guru pengiring.

Objektif program ini adalah untuk menambahkan ilmu dalam pengurusan pusat sumber sekolah dan menanam ciri-ciri kepimpinan dan motivasi dalam diri masing -masing.

Antara pengisian program:

  1. Taklimat Pemantapan dan Kepimpinan Pengawas PSS

Sesi taklimat ini telah dikendalikan oleh Puan Norfitriah Mat Seman (Pustakawan Kanan) yang bertujuan untuk memantapkan kepimpinan dalam bidang tugas masing-masing dalam pengurusan bidang pengawas serta meningkatkan meningkatkan kemahiran kepimpinan mereka sebagai seorang pemimpin.

  1. Library Tour

Aktiviti Library Tour di Perpustakaan Tengku Anis yang dikendalikan oleh Puan Nor Azrina Hasbullah (Pembantu Pustakawan Kanan) bertujuan untuk memperkenalkan para pelajar dan guru-guru kepada kemudahan serta koleksi yang tersedia di perpustakaan. Melalui lawatan ini, peserta diberikan pendedahan kepada jenis koleksi bahan bacaan dan jenis perkhidmatan yang disediakan.

  1. Taklimat Dewey Decimal Classification (DDC)

Puan Norfitriah Mat Seman telah memberikan taklimat mengenai Dewey Decimal Classification (DDC), di mana beliau menerangkan kaedah pengelasan bahan bacaan berdasarkan sistem DDC untuk memudahkan pencarian dan penyusunan bahan di perpustakaan. Taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman peserta mengenai penggunaan sistem ini dalam menguruskan koleksi perpustakaan secara lebih efisien. Taklimat ini diikuti dengan latihan bertulis untuk menguji dan mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam pengelasan bahan secara praktikal.

Disediakan oleh: Cik Nor Zafifah Zulkiflee, Pelajar Latihan Industri PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply