Sesi Libat Urus Perpustakaaan Bersama Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

17 Julai 2024 (Rabu), Perpustakaan Cendekiawan Kampus Kuala Terengganu telah mengadakan Sesi Libat Urus Perpustakaan bersama Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM). Sesi ini diadakan di Bilik Mesyuarat Al-Ghazali, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu yang dihadiri oleh 23 pensyarah. Sesi libat urus ini diketuai oleh En Shahrol Nizam Johol, Timbalan Ketua Pustakawan bersama 4 orang staf Perpustakaan Cendekiawan Cawangan Terengganu.

Objektif perlaksanaan ini merupakan inisiatif pihak Perpustakaan untuk bersemuka bersama Ketua Pusat Pengajian (KPP), Koordinator Program, Penyelaras Program dan para pensyarah mengenai perkhidmatan terkini yang disediakan oleh perpustakaan. Antara pengisian yang disampaikan ialah jumlah penerbitan, perolehan bahan seperti buku dan ebook dan pengumpulan bahan harta intelek UiTM. Setiap unit turut membentangkan pengisian berdasarkan perkhidmatan yang disediakan antaranya Unit Perkhidmatan, Unit Penyelidikan dan Rujukan, Unit Sumber Rujukan dan Unit Perpustakaan Digital.

Semoga sesi libat urus yang disampaikan dapat memberi manfaat dan menggalakkan kepada para pensyarah untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu. Program ini dilaksanakan bagi memenuhi PI 1 PUiTM iaitu Bilangan Libat Urus Bersama Program Pengajian Universiti.

Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply