Program Ayuh Semarak Ilmu

06 Jun 2024, (Khamis) telah berlangsung Program Ayuh Semarak Ilmu anjuran Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu bersama Mega Festival 2.0 (MeCFest) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Program Ayuh Semarak Ilmu terbahagi kepada dua slot dimana Slot pertama bersama penceramah dan Slot kedua bersama peserta “Storytelling with Us” dan pelajar HGD134A (Kumpulan Inovatif dan Kreatif I ). Program ini dilaksanakan secara bersemuka di Ruang Bacaan Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu dan atas talian melalui Youtube.

Slot pertama dikendalikan oleh Puan Noorul Huda Zakaria, Pensyarah Kanan, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu selama satu jam. Perkongsian ini mengenai cerita-cerita tauladan yang bertajuk Kura-kura yang tidak mendengar nasihat dan Sang Monyet & Sang Buaya kepada peserta sekolah rendah. Teknik penceritaan yang menarik mengenai kisah tauladan dapat menghiburkan peserta. Di samping itu, dapat memberi pengajaran dan pedoman kepada para pelajar sekolah rendah.

Slot kedua dikendalikan oleh peserta “Storytelling with Us” dan pelajar HGD134A (Kumpulan Inovatif dan Kreatif I ) dimana peserta diminta untuk bercerita dan memberi penerangan mengenai produk yang dihasilkan dengan idea yang kreatif. Perkongsian ini menarik minat penonton untuk mengetahui proses dan bahan yang digunakan dan cara penggunaan produk tersebut.

Program ini turut menjemput sekolah-sekolah sekitar Kuala Terengganu antaranya Sekolah Menengah KebangsaanProgram ini turut menjemput sekolah-sekolah sekitar Kuala Terengganu antaranya Sekolah Kebangsaan Chendering, Sekolah Kebangsaan Kampung Bukit Chendering, Sekolah Kebangsaan Paya Resak, Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan dan Madrasah Darul Ulum.

Pengisian program yang disampaikan selama dua jam mendapat maklumbalas yang baik dari peserta terutamanya warga UiTM.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para penonton dan berdaya saing dalam penghasilan produk secara kreatif.

Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply