Forum Sinergi Perkhidmatan: Keberkesanan Interaksi Tetamu dan Kakitangan (SKIT 2024) & Pameran SKIT 2024

Isnin, 20 Mei, 2024 – Satu Forum Sinergi Perkhidmatan telah berlangsung di ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR aras 12 UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya. Forum ini telah dianjurkan oleh pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Jurusan Perniagaan (Kewangan) dengan kerjasama PTAR UiTM Cawangan Melaka.

Forum ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Rosthman Ibrahim, Pengarah Urusan Grand Swiss-Belhotel Melaka yang juga merupakan ALUMNI UiTM Cawangan Melaka. Turut hadir menjayakan forum ini, Encik Akmal Adanan, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM Cawangan Melaka. Forum ini merupakan forum pembudayaan ilmu dan galakan membaca di kalangan mahasiswa.

Disediakan oleh: Mohd Hilmi Mat Rosli, Pustakawan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply