Program World #QuranHour

Pada 4 April 2024 (Khamis), Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang telah mengadakan Program World #QuranHour secara hibrid bersempena dengan World Quran Hour yang dijalankan serentak di seluruh dunia pada 24 Ramadan 1445H. Program ini dilakukan secara fizikal bertempat di Ruang Library Community Engagement (LCE) dan maya iaitu secara siaran langsung menerusi saluran YouTube rasmi Perpustakaan Tengku Anis bermula jam 12:00 Tengah hari sehingga 1:00 Tengah hari.

Program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal tahun ini mengangkat Surah Al-Jumu’ah sebagai surah pilihan dalam membawa misi Ummah #GrandReset telah ditadabbur oleh Dr. Ahmad Murshidi Mustapha, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).

Pihak PTA mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyertai program ini samada secara fizikal mahupun maya. Semoga kita semua kembali mendekati Allah, sebaik-baik pemberi rezeki.

Pautan rakaman siaran langsung: https://youtu.be/Od7fV3f9Ux0

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply