Selaras dengan PI12 PTAR : Bilangan Program Khidmat Masyarakat PUiTM, pihak Perpustakaan Tun Dr. Ismail, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat dengan kerjasama PTDI Kampus Pasir Gudang telah melaksanakan satu program khidmat masyarakat di Pusat Sumber, Kolej Vokasional Tanjung Puteri pada 9 Mei 2023 hingga 11 Mei 2023.
Program yang berlangsung selama tiga hari ini melibatkan Guru Perpustakaan Media (GPM) dan pelajar Kolej Vokasional Tanjung Puteri, Johor Bahru.
Program ini membantu Guru Perpustakaan Media (GPM) untuk melengkapkan maklumat bahan ke dalam sistem perpustakaan SLIB. Selain itu, pihak PTDI juga turut membimbing GPM dalam kerja-kerja pemprosesan teknikal bahan seperti cop hak milik, teknik penampalan nombor panggilan dan QR Code mengikut standard yang betul.
Pihak Perpustakaan Tun Dr. Ismail berharap agar khidmat masyarakat ini dapat mencapai objektif berikut:
- Mewujudkan kerjasama strategik antara Kolej Vokasional Tanjung Puteri dan Perpustakaan Tun Dr Ismail, UiTM Cawangan Johor.
- Diletakkan sebagai salah satu projek bagi mencapai PI12 : Bilangan Program Khidmat Masyarakat PUiTM.
- Memberi pengetahuan asas struktur pemprosesan teknikal bahan yang berkesan menggunakan sistem SLIB.
- Memberi pendedahan mengenai cara memproses buku secara automasi dengan cara yang betul.
- Meningkatkan kecekapan pengurusan perpustakaan sekolah khususnya dalam pengurusan bahan bercetak.
Diharapkan program ini dapat mewujudkan satu budaya kerja pengurusan Pusat Sumber yang lebih bersistematik selaras dengan pelaksanaan gelombang ketiga (2021-2025) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Moga bengkel ini juga dapat meningkatkan pemahaman dan kompetensi GPM demi meningkatkan pencapaian yang lebih baik.
Penulis : Siti Rozana binti Mat Sanat dan Idris bin Muhammad