Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang telah menganjurkan Program Santai Ilmu@PTA pada 12 hingga 15 Januari 2026 bertempat di Perpustakaan Tengku Anis. Program ini merupakan satu inisiatif PTA bagi menggalakkan budaya ilmu dalam kalangan warga UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang. Program ini dirangka dalam suasana santai dan interaktif bagi menarik minat pengguna perpustakaan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara staf dan pelajar.
Antara objektif utama program ini adalah:
i. Berkongsi ilmu dan maklumat berkaitan perkhidmatan serta sumber perpustakaan.
ii. Meningkatkan kesedaran dan minat warga kampus terhadap aktiviti membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.
iii. Menggalakkan penglibatan aktif warga UiTM melalui aktiviti interaktif dan berinformasi.
iv. Mengeratkan hubungan silaturahim antara perpustakaan dan warga kampus.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan interaktif telah dilaksanakan, antaranya:
- Booth One Stop Knowledge@PTA
- Dream Drop@PTA
- Guess the Books’ Weight
- Emoji Feedback Wall
- Book Shelving Challenge
- Bedah Buku: Bicara Karya “Mahabbah”
- Library Puzzle
- Spin the Wheel












Selain itu, hadiah-hadiah menarik turut disediakan bagi menggalakkan penyertaan dan penglibatan aktif para peserta. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga kampus. Peserta menunjukkan minat dan keterlibatan aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan, sekali gus menjadikan suasana perpustakaan lebih ceria dan kondusif.





Secara keseluruhannya, program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan. Pihak Perpustakaan Tengku Anis berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam memperkasa budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga UiTM.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah meluangkan masa dan memberi sokongan padu sepanjang program ini berlangsung. Sokongan dan penglibatan anda amat dihargai serta menjadi pemangkin kepada kejayaan penganjuran program ini.
Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang