Program Jejak Ceria: “The Treasure of Love” di Perpustakaan Asrama PERKAYA Marang Terengganu

Tarikh: 4 Disember 2025, Khamis
Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA), Marang, Terengganu
Anjuran: Kelab Students’ Knowledge And Technology Resources (SKATER) UiTMCT
Dengan kerjasama: Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT
Ketua Projek: Saudari Fatin Nur Ain binti Ahmad Fazil, Ahli Kelab SKATER.

Kelab Students’ Knowledge And Technology Resources (SKATER) UiTM Cawangan Terengganu dengan kerjasama Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun telah melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Asrama Anak Yatim PERKAYA, Marang, Terengganu. Program yang berlangsung secara gotong-royong dari 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini melibatkan 19 orang pelajar SKATER, serta dua orang wakil dari Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun iaitu Cik Asmahani Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP) merangkap Penasihat Kelab SKATER, dan Encik Ahmad Fathi Azhari Mohd Azmi, Pembantu Pustakawan.

Sebelum program: Buku tidak tersusun.
Sebelum program: susun atur meja tidak tersusun dan keadaan tidak selesa.

Program ini bertujuan menaik taraf kemudahan perpustakaan asrama dengan mengemaskini susun atur bahan bacaan, mewujudkan Sudut IQRA’ yang menumpukan bahan keagamaan dan motivasi, serta menyediakan persekitaran pembacaan yang lebih teratur dan kondusif. Penyerahan koleksi buku sumbangan orang ramai turut diadakan sebagai usaha menambah koleksi perpustakaan.

Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk menarik penghuni asrama PERKAYA untuk berkunjung ke perpustakaan, tetapi turut menyokong meningkatkan kemahiran 3M: membaca, menulis, dan mengira melalui koleksi yang disediakan. Program CSR ini juga berjaya memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan warga UiTMCT serta mengukuhkan hubungan kerjasama antara universiti dan komuniti.

Secara keseluruhannya, projek menaik taraf perpustakaan dan penubuhan Sudut IQRA’ ini telah berjaya mewujudkan ruang pembelajaran yang lebih kondusif, sistematik dan bermanfaat kepada anak-anak yatim PERKAYA, sekali gus memberi impak positif kepada pembangunan sahsiah dan literasi mereka. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply