PTAR Finalis Kali Ke-18 | Pembentangan AKNC 2025

Alhamdulillah! Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) melakar kejayaan apabila terpilih sebagai finalis Anugerah Kecemerlangan Naib Canselor (AKNC) 2025 buat kali ke-18!

Sesi pembentangan akhir telah disampaikan oleh Ts. Hj. Azizi, Ketua Pustakawan UiTM. Bidang tumpuan yang dipilih bagi tahun 2025 ialah Pengurusan Fasiliti dan Teknologi, menjadi teras kepada inisiatif PTAR dalam memperkukuh ekosistem perpustakaan pintar dan memperkasa pengalaman pengguna melalui inovasi digital.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga PTAR atas dedikasi, semangat kerja berpasukan dan usaha berterusan dalam menjadikan PTAR sebagai Vibrant Centre of Learning di UiTM!
baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/19qeMgTirf/

Mohd Alfarabie PTAR Shah Alam

Leave a Reply