Memperkasa Literasi Maklumat: Lawatan Ilmu Pelajar FKPM ke PTAR UiTM Melaka 

29 Oktober 2025, Rabu – Program Memperkasa Literasi Maklumat: Lawatan Ilmu Pelajar Semester 1, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka ke PTAR UiTM Melaka Sesi 1, 2 dan 3 telah berjaya diadakan di Unit Perpustakaan Digital, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memanfaatkan sumber digital serta memperkukuh kemahiran literasi maklumat mereka yang dikendalikan oleh :

Sesi 1 : 

PERMATA Search : Puan Siti Aminah Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan 

PTAR Online Resources : Puan Salina Salehin, Pembantu Pustakawan Kanan

Peserta : 26 orang pelajar MMC 110 1B, Diploma Komunikasi dan Media.

Pensyarah : Puan Siti Nur Farrah Faadiah Ab Ghani, Pensyarah Kanan

Sesi 2 : 

PERMATA Search :  Encik Azahar Nordin, Pembantu Pustakawan Kanan 

PTAR Online Resources : Puan Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan

Peserta : 21 orang kelas MMC 110 1D, Diploma Komunikasi dan Media.

Pensyarah : Puan Siti Hajar Abdul Aziz, Pensyarah Kanan

Sesi 3 : 

PERMATA Search :  Cik Fadhilah Fatin Long Chek, Pembantu Pustakawan 

PTAR Online Resources : Puan Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan

Peserta : 26 orang kelas MMC 110 1A, Diploma Komunikasi dan Media.

Pensyarah : Puan Siti Nur Farrah Faadiah Ab Ghani, Pensyarah Kanan

Setiap sesi, pelajar berpeluang mengikuti Lawatan Ilmu yang menempatkan koleksi bahan bacaan fizikal dan kemudahan pembelajaran, diiringi oleh Puan Siti Zawiyah Mahat, Pembantu Pustakawan Kanan, Puan Siti Aminah Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan dan Cik Fadhilah Fatin Long Chek, Pembantu Pustakawan.  Sepanjang sesi berlangsung, para pelajar memperlihatkan minat yang tinggi serta penglibatan aktif, terutamanya ketika sesi soal jawab, demonstrasi praktikal dan kuiz interaktif dijalankan. 

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dalam memperkukuh kemahiran literasi maklumat di kalangan pelajar. Kerjasama strategik antara PTAR dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media telah berlangsung dengan baik serta memberikan impak positif terhadap usaha memperkasa budaya literasi maklumat dalam kalangan warga kampus.

Sekitar program sedang dijalankan

Maklumat lanjut: https://www.facebook.com/photo/?fbid=4239281143023916&set=pcb.4239303089688388

Ditulis oleh: Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply