Sumbangan Buku

Pada 15 Mei 2025

Pihak perpustakaan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Rushdan bin Sahat atas kesudian beliau menyumbangkan sejumlah bahan bacaan umum bagi memperkaya koleksi perpustakaan kami.

Buku-buku tersebut telah diserahkan oleh kakak beliau, Puan Hajah Sa’diah Sahat, di kediaman mereka di Pangsapuri Ilham, Shah Alam. Dua orang staf perpustakaan telah ditugaskan untuk mengambil bahan berkenaan.

Sumbangan ini amat kami hargai dan pastinya akan memberi manfaat kepada para pembaca dalam usaha memupuk budaya membaca dalam komuniti. Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan!

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply