BENGKEL PEMANTAPAN LITERASI MAKLUMAT DAN DIGITAL GURU DAERAH KLANG

16 Oktober 2025, Dewan Ibnu Sina, Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Selangor Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Bengkel ini menghimpunkan para guru daerah Klang dalam usaha memperkasa kecekapan digital dan celik maklumat sejajar dengan aspirasi pendidikan abad ke-21. Antara pengisian menarik termasuk:

🔹 Bacaan Pantas: Asah Potensi, Tingkat Fokus
🔹 Literasi Maklumat: Cari, Nilai dan Gunakan Maklumat Secara Efektif
🔹 Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI): Memperkasa Pengajaran dan Pembelajaran Inovatif

Harapan & Outcome Bengkel melalui bengkel ini, para peserta diharap dapat:

✅ Menguasai kemahiran literasi maklumat dan digital secara berkesan
✅ Memanfaatkan teknologi AI dalam proses PdPc dengan lebih kreatif
✅ Menjadi agen perubahan yang mampu memupuk budaya pembelajaran berasaskan maklumat dan teknologi di sekolah

Penganjuran ini mencerminkan komitmen Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM dalam memperluas peranan pustakawan sebagai pemangkin kecemerlangan ilmu dan teknologi di peringkat komuniti pendidikan.

Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1CLv2db2f5/

Mohd Alfarabie PTAR Shah Alam

Leave a Reply