Telah Berlangsung: Enhanced Information Literacy Workshop
🗓️ 04 Julai 2025
📍 Bilik IT 1, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang
Satu program khas bertajuk “Enhanced Information Literacy Workshop” telah berjaya diadakan pada 4 Julai 2025 bertempat di Bilik IT 1, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang. Bengkel ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang dan melibatkan penyertaan aktif daripada staf perpustakaan Kampus Jengka dan Raub.
Dikendalikan oleh dua pustakawan berpengalaman, iaitu:
Muniratul Husna Mohamad Zaki – Pustakawan, UiTM Cawangan Pahang (Kampus Jengka)
Nurfarawahidah Badruesham – Pustakawan Kanan, UiTM Cawangan Pahang (Kampus Jengka)
Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran literasi maklumat staf perpustakaan melalui sesi interaktif dan perkongsian teknologi terkini, termasuk pengaplikasian AI dalam pengurusan maklumat. Bengkel ini turut memberi pendedahan kepada strategi pencarian maklumat yang lebih efisien, penilaian sumber, dan pengurusan data digital.
Sebagai nilai tambah, staf yang hadir turut diminta berkongsi ilmu dan input yang diperoleh sepanjang bengkel ini bersama rakan sekerja yang lain, bagi memastikan manfaat program dapat diperluaskan secara menyeluruh.
Diharapkan program ini dapat memperkasa peranan pustakawan dalam menyokong agenda pembudayaan ilmu dan membentuk komuniti celik maklumat di peringkat kampus.









Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kana