PTAR Bimbing Pelajar Baharu Kuasai Literasi Maklumat di MDS Oktober 2025 – Februari 2026

6 Oktober 2025, Isnin – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menganjurkan Taklimat Perpustakaan : Information Literacy Program bagi pelajar Ijazah dari Fakulti Perakaunan (FPN) dan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah sempena pendaftaran pelajar baharu. Program ini merupakan sebahagian daripada pengisian Minggu Destini Siswa (MDS) dan berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi, di Dewan Kuliah 2, KPP 1, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.

Taklimat ini telah dikendalikan oleh Encik Norhazlan Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Antara pengisian utama ialah pendedahan kepada sumber maklumat yang relevan, teknik pencarian maklumat secara efektif, penggunaan PERMATA Mobile App, serta penerokaan platform digital lain seperti Permata Search.

Selain itu, program ini turut mempromosikan pelbagai aktiviti perpustakaan, meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kemudahan sedia ada, serta memupuk kemahiran literasi maklumat bagi menyokong proses pembelajaran dan penyelidikan sepanjang tempoh pengajian mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Encik Norhazlan Nordin atas penyampaian taklimat sepanjang sesi tersebut. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu para pelajar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang ditawarkan oleh PTAR, sekali gus menjadikan perpustakaan sebagai rakan strategik dalam mencapai kecemerlangan akademik.

Sekitar taklimat sedang dijalankan

Ditulis oleh : Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply